Kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku, bila sampai masanya. Tidak terawal atau terlewat walaupun sesaat. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bila kita akan mati.
Biasanya seseorang manusia yang normal akan mencari pasangan hidup apabila telah sampai masa dan kesediaannya. Tetapi ini juga perkara yang kita tidak pasti akan berlaku. Sekarang ini ramai lelaki atau perempuan yang memilih untuk tidak berkahwin walaupun pada pandangan kita mereka telah bersedia. Tentu ada sebab-sebab tertentu untuk mereka memilih cara hidup sedemikian. Yang dah bertunang pun kita tidak pasti sama ada mereka akan berkahwin pada tarikh yang dirancang.
Jika seseorang itu memilih untuk bekerja makan gaji sama ada dalam sektor awam atau swasta, kita juga hampir pasti bila mereka akan bersara, itu pun kalau umur mereka panjang. Seorang kaki tangan kerajaan dah hampir pasti tarikh mereka bersara berdasarkan pilihan mereka dan boleh membuat persediaan secukupnya untuk meneruskan kehidupan selepas bersara. Ketua-ketua jabatan pula sepatutnya telah bersedia dengan pengganti apabila seorang kakitangannya bersara, kerana tarikh persaraan itu telah diketahui sebaik sahaja surat perlantikan rasmi dikeluarkan. Tetapi kerana sebab-sebab yang kita tidak ketahui ramai yang telah bersara tidak diganti-ganti. Misalnya dalam KPM, banyak sekolah yang tiada pengetua. Bukan satu atau dua tetapi berpuluh-puluh. Bukan tiada orang yang boleh mengganti kerana bilangan guru sangat ramai. Bukan baru semalam, tetapi ada yang lebih daripada 6 bulan. Bila perkara ini disuarakan ramai yang "play safe". Jawapan yang standard ialah ini urusan BSM, kita dah hantar nama tapi keputusan tak turun-turun dan macam-macam lagi. Ada juga yang menjawab tak ada pengetua sekolah tak jalan ke? Kalau macam tu buat apa ada jawatan pengetua!
No comments:
Post a Comment