Wednesday, 12 September 2012

Kisahnya

Seorang pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah sangat mempercayai guru mereka. Kadang-kadang mereka lebih mematuhi arahan guru daripada arahan ibu bapa mereka. Bagi pelajar yang dikatakan lurus bendul, mereka sangat percaya apa guru mereka cakap walaupun mungkin guru itu bercakap secara berseloroh atau main-main sahaja.
Saya fikir itu yang berlaku di sebuah sekolah di Selangor, di mana seorang pelajar dikatakan telah dihalang menduduki peperiksaan UPSR. Menurut laporan akhbar bapa pelajar sendiri mengakui anaknya memang kerap tidak hadir ke sekolah. Mungkin kurang kerjasama penjaga menyebabkan guru rasa kurang senang dan ada yang cakap secara main-main "kamu ni kerap tak hadir, banyak yang kamu tertinggal, tak payahlah ambil periksa, dah tentu tak lulus" Pelajar berkenaan mungkin ambil serious perkara ini.
Bagaimana pun itu andaian sahaja. Kita tunggulah keputusan siasatan.

No comments:

Post a Comment