Apabila memperkatakan tentang pendidikan, biasanya yang terlintas dalam fikiran ialah guru, murid buku, peperiksaan dsbn. Persekitaran tempat belajar jarang disebut, kecuali yang biasa kita dengar ialah menyediakan persekitaran yang kondusif. Adakah dengan memasang langsir, menggantung ketupat, menampal keratan akhbar dsb dalam bilik darajah akan mewujudkan persekitaran yang kondusif? Satu perkara yang hampir tidak pernah disebut ialah reka bentuk bangunan sekolah itu sendiri.
Di
Malaysia, apabila kita terpandang suatu bangunan, kita tahu itu bangunan
sekolah. Ini kerana reka bentuknya yang seragam dan tidak menarik (stick out
like a sore thumb), tambahan lagi di
kawasan-kawasan pembangunan baru, di mana bangunan-bangunan kediaman dan
pejabat yang baru mempunyai reka bentuk terkini dan menarik.
Bangunan
sekolah menyediakan ruang kepada pendidikan formal pelajar. Ia berpotensi untuk
meningkatkan atau membantutkan proses pembelajaran. Bangunan sekolah perlu
selesa dan selamat.
Kepentingan rupa bentuk fizikal bangunan
sekolah tidak harus dipandang ringan. Sekolah yang menarik serta konsisten
dengan reka bentuk dan kontaks kejiranan akan membangkitkan rasa bangga dann
kepunyaan di kalangan pelajar, guru dan komuniti. Bahagian luaran bangunan
seharusnya melengkapi persekitaran dan mencerminkan nilai komuniti. Bahagian
dalam pula perlu menjadi penggalak proses pembelajaran.
Di
Malaysia, jika kita melihat suatu sekolah, kita telah melihat semua sekolah.
Yang membezakan mungkin dari segi keceriaan, kebersihan dan mungkin warna. Apabila seorang guru bercakap
dengan kuat dalam satu bilik darjah, seluruh sekolah boleh mendengar. Jika satu
kelas bising, seluruh sekolah bising dan mengganggu kelas-kelas yang lain. Ada
sekolah di manan guru terpaksa mengambil masa lebih lima untuk bergerak dari
satu kelas ke kelas yang lain. Bayangkan kita ada sepuluh kotak macis, dan kita
lambungkan, Bagaimana taburan kotak macis
di tanah, begitulah taburan bilik darjah. Bilik-bilik darjah seharusnya
di kelompokkan dalam satu ruang, dengan reka bentuk akustik yang baik.
Dengan
susun atur serta reka bentuk bangunan sedia ada, apa pelajar-pelajari melepasi
pintu pagar utama, guru-guru hampir tiada kawalan ke atas pelajar. Ini kerana
terlalu banyak laluan serta ruang yang boleh dilalui diduduki pelajar tanpa kelihatan
kepada guru. Dengan keadaan seperti ini, tidak hairan jika ada banyak kes
ponteng kelas. Orang luar juga sebenarnya boleh terus langsung ke bilik darjah.
Mujurlah negara kita masih aman.
Dalam
merancang bangunann sekolah, kita perlu berpegang kepada konsep bangunan
sekolah sebagai alat bantu mengajar (3-D textbook or living lab). Pendapat
pakar-pakar pendidikan perlu diambil kira semasa mereka bentuk bangunan
sekolah. Konsep “ a school is a building
with four walls that has tomorrow inside” mungkin benar tetapi adakah
bilik darjah mesti mempunyai empat dinding? Mulai sekarang kita perlu mengambil
kira gaya pembelajaran terkini, kemajuan teknologi, penemuan-penemuan baru
serta wawasan negara semasa mereka bentuk bangunan sekolah.
No comments:
Post a Comment