Saturday, 25 August 2012

Bahasa Rojak



Kalau bahasa rojak diguna di pasar (nama pun bahasa pasar), atau di tepi jalan atau di kedai kopi (ahli politik kedai kopi kena nampak hebat, masukkan sedikit-sedikit bahasa inggeris, siap dengan "dengan izin") boleh jugalah diterima. Tetapi jika yang berbahasa rojak ialah pegawai tinggi di kementerian pelajaran tentulah tidak kena. Merekalah yang sepatutnya menjadi jaguh dalam memartabatkan bahasa Melayu (mempraktikkan MBMMBI bukan kerja cikgu di sekolah sahaja).
Ada PPD yang slogan atau cogan katanya (war cry kata mereka) M*** number one. Malu agaknya nak sebut M*** nombor satu, tak standard kononnya, tak nampak hebat. Kitakan sedang ke arah penginternasiolan, kenalah guna bahasa yang satu dunia faham.

No comments:

Post a Comment