Saya juga pernah menyarankan orang Melayu supaya bersikap 'kurang ajar' dan kenyataan itu ternyata telah salah digunakan apabila saya menghadapi masalah politik. Tetapi jika dilihat dari aspek yang neutral, 'kurang ajar' itu merupakan satu konsep berani bertanya dan berani menyoal.
Pada saya, berani bertanya dan berani menyoal ialah petanda bahawa manusia itu aktif dan 'hidup' dan untuk mencapai kemajuan kita mesti bertanya dan mesti mengkritik. Itulah inti demokrasi (lihat Utusan Malaysia 1/11/98 "Keresahan masyarakat Melayu moden - 'Kurang ajar' konsep berani bertanya dan menyoal - Musa").
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, ’sebagai kurang ajar’.
“Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11.
Untuk makluman, Aziz pada 11 Oktober 2011 telah berkata, tindakan Sultan Selangor Sultan campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos 2011, bukan tindakan yang lazim.
Sasterawan Usman Awang juga pernah menulis sajak berjudul "kurang ajar". Cuba amati maksud
Usman Awang: Kurang Ajar
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu
Sekarang kata ini ku ajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memilik sifat kurang ajar
Berikut pula adalah lirik lagu dalam bahasa jawa nyanyian Ratna Antika dan Edi Sodikin berjudul "Kurang Ajar". Mungkin ada di antara pembaca sekalian yang memahami maksud lagu ini.
Kurang Ajar
Pr :Eling elingono mbiyen mlarat,
Mangan telat, sesekmu kumat
Dodol barang, kurang utang
Wayah nyaur mesti gegeran
Eling elingono mbiyen mbambung,
Nggendak rondo, kemulan sarung
Pecah duren, mangan durung
Dikeler rame wong sak kampung
Lk :
A…., (sensor), bicaramu
Klemben-klemben, roti-roti
Biyen-biyen saiki-saiki
Klemben-klemben dik, roti-roti
Pokok’e aku mau kawin lagi
Pr :
Sak karemu kawinno,
Ojo loro, wolu pisan ben cepet modar
Dasar wong lanang nek wis mapan dadi juragan kurang ajar
Tambah edan…, dasar wong edan
Lk :
Ngomelo ngamuk’o, sampek ndoweh lambemu
Ngomelo ngamuk’o, sampek ndomble aku gak ngreken
Tak anggep ea, awakmu wong gendeng
reff :
Pr :
Eling elingono mbiyen mbambung,
Nggendak rondo, kemulan sarung
Pecah duren, mangan durung
Dikeler rame wong sak kampung
Lk :
A…., (sensor), bicaramu
Klemben-klemben, roti-roti
Biyen-biyen saiki-saiki
Klemben-klemben dik, roti-roti
Pokok’e aku mau kawin lagi
Pr :
Sak karemu kawinno,
Ojo loro, wolu pisan ben cepet modar
Dasar wong lanang nek wis mapan dadi juragan kurang ajar
Tambah edan…, dasar wong edan
Lk :
Ngomelo ngamuk’o, sampek ndoweh lambemu
Ngomelo ngamuk’o, sampek ndomble aku gak ngreken
Tak anggep ea, awakmu wong gendeng
Adakah terdapat perkataan dalam English yang membawa maksud "Kurang ajar"? Kurang bermaksud "less" ajar mungkin bermaksud "teach" atau "learn". Adakah kurang ajar bermaksud kurang belajar atau kurang diajar atau kurang mengajar? tetapi I think, "kurang ajar" is an expression used when some one has been rude, insolent, or offensive, or he or she might have done something very annoying to the person who would later say "kurang ajar!"
Yang ini pula bagaimana? kurang ajar ?
Saya setuju dengan pandangan Datuk Musa Hitam.
No comments:
Post a Comment