KUALA LUMPUR: Kurang penyelenggaraan dan kelemahan pentadbiran menyebabkan banyak peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dibekalkan ke sekolah tidak dapat dimanfaatkan pelajar.
Akibatnya, kira-kira 25 hingga 50 peratus daripada peralatan bernilai lebih RM500 juta untuk projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di antara 2003 dan 2008 tidak dapat digunakan lagi.
Komen:
Sebelum tulis buatlah sikit kajian. Teknologi peralatan ICT sangat pantas perkembangan. PC laptop tahun 2003 dah kira mcm dinasour, tidak ekonomik utk diselenggara. Memang sepatutnya dihapus kira. Kalau masih elok pun guru tak mau guna dah, masing-masing guna sendiri punya, lebih canggih. Peralatan yang dibekalkan tidak mengambil kira faktor keselamatan di sekolah. Sistem persekolahan di Malaysia di mana guru bergerak dari satu kelas ke kelas yang lain juga menyebabkan troli tidak digunakan, kerana mengambil masa untuk diguna. Lebih baik sekolah dibekalkan peruntukan untuk membeli peralatan sendiri kerana lebih menjimatkan berbanding dengan kontrak pusat yang meletakkan harga yang tidak munasabah, jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. Setiap sekolah juga mesti disediakan seorang juruteknik supaya guru tidak perlu menjadi juruteknik komputer, jadi boleh tumpukan perhatian kepada pengajaran.
testing..
ReplyDeletebukan ada teknisen ke duk selenggara alat ict..ke teknisen komputer skolah duk buat kerja perkeranian...hehe